Pertembungan dua gergasi pantai timur antara Kelantan dan Terengganu berkesudahan dengan 1-3 pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia. Terengganu membawa bekalan selesa dengan berbekalkan 2 kelebihan 2 gol di tempat sendiri untuk membuat kunjungan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhamad IV Jumaat ini.
Wah skima molek ayat..
Jadi, berdasarkan rumusan keseluruhan perlawanan permainan Kelantan cukup cemerlang walaupun kalah 1-3 dengan Terengganu. Faktor kekalahan sangat jelas disebabkan kelemahan mutu pengadilan. Satu gambaran fenomina yang sangat memalukan bagi saya untuk FAM kerana boleh melantik pengadil sedemikian untuk perlawanan Piala Malaysia.
Layanan 2 kad merah untuk Kelantan dan 1 untuk Terengganu pada separuh masa pertama telah mengganggu konsentrasi pemain dan penyokong. Suasana permainan yang menarik telah bertukar menjadi pergaduhan disebabkan kelemahan pertimbangan pengadil untuk mengawal perlawanan.
Biarpun begitu, Tahniah kepada semua pemain Red Warrior kerana masih menyerap tekanan pasukan Terengganu walaupun bermain 9 orang melawan 11 pada suatu ketika. Tahniah jg pada Terengganu kerana menyambut baik kunjungan Kelantan ke Stadium Nashiruddin Shah..
Sedikit kenangan dalam Stadium Terenggan.. :)
Sebilangan kecil penyokong Kelate
Penyokong Kelate & Terengganu
Reported by,
(mfbi90)
1 ulasan:
Catat Ulasan